Saturday, November 6, 2010

bila kecil jadi kawan...besar jadi lawan

entry kali ni ditaip dengan nana

okeh..nana x de kena mengena pon ngan tajuk entry kali ni...hehe

TAHUKAH KAMU...

kawasan sekitar gunung berapi akan menjadi subur selepas ianya meletus...manakala lumpur dari lava gunung berapi amatlah berkesan dalam rawatan kecantikan..kalau pergi mana2 kawasan gunung berapi especially kat indonesia, ramai yg x kan melepaskan peluang menyapu volcano mud kat muka la..tangan la..and yg paling best ada yg mandi tros dalam volcano mud tu...
gambar ni google je...tp ni kat kunak,sabah
 pic kat atas ni diambil di kunak...few days ago aku ada terbaca kat paper yg area kunak-tawau akan ada letusan gunung berapi mungkin pada 2012 kesan daripada letusan gunung berapi di Philippine. dekat je tu ngan area umah parents aku...
pic bawah ni plak adalah shoot volcno mud yg berkhasiat sgt tu...


TETAPI....
tahukan korg, letusan gunung berapi merapi pada 26 oct 2010 yang terletak berhampiran bandar yogjakarta telah memusnahkan kawasan yg berhampiran dan mengorbankan 16 org rakyat tempatan.

berita yg aku baru je tgk tgah hari ni ada mentioned yg 400 pelajar Malaysia yang berada di Secang, Mangelang, Indonesia iaitu kira-kira 40 kilometer daripada lokasi Gunung Merapi akan dibawa balik ke msia menggunakan 3 pesawat yang disewa khas...

alhamdulillah...prihatin kan kerajaan kite..

antara pic2 semasa tragedi:




SEMUA ORG TAHU
air mmg la penting dalam hidup ni kan....dulu kat hostel bila x da air aduhhhh..susahnya nak mandi..terpaksa bangun seawal 4 pg untuk tadah air...kat umah pon kalau x da air kerja2 membasuh dan memasak amat sukar...

TAPI SEMUA ORG TAHU KE YANG..
Berdasarkan statistik, buat masa kini sebanyak 29 buah sungai di negara ini didapati mengalami pencemaran teruk manakala 11 buah lagi tercemar sederhana manakala 80 buah lagi masih dalam keadaan terkawal.

Pencemaran sistem sungai yang berlaku di negara kita kebanyakannya adalah berpunca dari kelodak, pembuangan dan pelepasan sisa kumbahan dari kilang-kilang dan penempatan setinggan, di samping bahan lain seperti najis binatang, sampah sarap dan logam berat seperti arsenik, kadmium raksa dan plumbum. 

Aku rasa pencemaran sungai menyumbang (walaupon x byk)sekitar 30% penyebab berlakunya banjir di utara tanah air skang....jangan lupa,permodenan pun penyumbang kepada pencemaran..

kesian kat org2 utara yg terputus perhubungan darat dan udara...ada la jugak facebooking ngan relatives yg kat sana...bekalan air bersih kurang..makanan pon kurang...elektrik plak terputus (mungkin jugak terpaksa diputuskan atas sebab keselamatan). pelajar UUM  terpaksa postpone jadual exam kan konvo dorg while UiTM perlis hanya ada bekalan makanan untuk dua hari sahaja..aku rasa mesti ada pihak yang akan tolong..dun wery...
some of the pic yg aku cilok dari fb pakndak yang dok kat aloq staq...pakndak saya adalah profesional photographer yer..






byk2 la berdoa dah buat sembahyang hajat utk mereka yg ditimpa bencana...

"Katakanlah kepada mereka (wahai Muhammad): "Turutlah apa yang telah diturunkan kepada kamu dari Tuhan kamu, dan janganlah kamu menurut pemimpin-pemimpin yang lain dari Allah; (tetapi sayang) amatlah sedikit kamu mengambil peringatan". (Al-A'raaf: 3)



::the way Allah test us...subhanallah::

3 comments:

  1. wah...berilmiah la blog neh.
    tol ke kunak dkt ngn gunung berapi? cne nti ak nk g sanding kt sana.. haha

    ReplyDelete
  2. xx la dekat..tp effect dr yg kat filifina tu..haha...yunk watpe nak gi sanding sane?????x paham

    ReplyDelete
  3. nak info pasal kunak

    http://semuakunak.blogspot.com/

    ReplyDelete