Thursday, February 17, 2011

Bermimpilah..maka tuhan akan memeluk mimpimu..

 
Dekat seminggu…jenguk blog tp sampai ke pintu sahaja. Rasa puas dan gembira mengejar mimpi mengatasi keinginan menulis dan blogwalking. Tapi akhirnya, jari ni tak leh bley lari jugak dari menolong minda melampiaskan penceritaan hati kat kat sini..

Seminggu yang saya rasa sangat panjang dan seronok. Banyak ‘unplanned agenda’ yang sangat seronok…bermula dengan cuti cuti cuti..dan cuti tu lah yang saya dan kawan-kawan cari untuk menghabiskan masa kami. Trademark kami “I enjoy my final semester” jadi kami nak habiskan byk masa sama-sama. Siapa kami? haha..secara general-nya saya dan rakan-rakan lama dan baru. Secara spesifiknya kami bertiga…saya (yang dorang gelar azliah the slimmest, sebab saya gemuk), ekin johan dan ijat. Kami ke air terjun bukit belacan, Ampang. Mandi manda. Then ke Broga, mendaki.

jauh jugak jalan nak ke air terjun tu...
noni...one of my besties in class


kembar tiga




Duit scholar saya masih belum release lagi. Tapi Allah maha mengetahui dan maha adil. “duit bukanlah segalanya tetapi segalanya memerlukan duit”. sebelum hari ni saya tak pernah kesah pasal duit tu sebab kawan-kawan ada. Berjalan pun dorg yg tanggung. Tapi hari ni ‘bengang’ tu dah ada. Kalau ada sesiapa yang terbaca entry ni, aminkanlah doa ni “Ya Allah, semoga aku Berjaya mendapat tajaan buat Master Degree yg nilai biayaannya  RM2300 sebulan” amin…. Tu mimpi saya dan ekin. Sambung master sama-sama. Ijat plak mungkin dah ready untuk bekerja. 


Hari ni hari yang baru. Mimpi yang lama tp hari yang baru. Doa yg baru tu ada. Semoga ayah tak perlu pindah rumah ataupun semoga ayah dapat rumah baru yg selesa dan murah sewanya. Allah maha mengetahui sebelum makbulkan doa yg paling selalu saya minta. Semoga ayah dapat pindah ke semenanjung cepat. Hehe…aminnnnnnnn. 

Saya bangga sebab parents saya sangat membenarkan saya mengimbangi hidup social saya. Saya tahu dorg risau. Anak gadis kan… tapi insyAllah, saya tahu tahap mana saya perlu bukakan minda ni. Takat mana limitnya. Saya bersyukur gak sebab ada ‘boyfriend’ yg tahu tugasnya terhadap seorang ‘girlfriend’ dengan tepat. Tak pernah ‘control’ dan tak pernah lupa bg nasihat yg significant setiap hari. Susah nak gambarkan sikap azrel kecuali siapa yg tahu siapa azrel. Yg penting, azrel ada strategic thinking yg mana kadang-kadang pun tak logic jugak. Haha… love them all.

Semalam dalam kelas e-learning cik hussain ajar tentang mimpi melalui pembacaan filem. Dia tayangkan kami Sang Pemimpi. Sequal Laskar Pelangi. Sarat dengan mesej. “ambillah risiko yang paling tinggi kalau mahu berjaya”. Bagi saya, risiko paling tinggi yg pernah saya ambik adalah MALAS..haha…

image dari google

Agak dah, kalau dah lama tak update blog mesti entry sarat dengan cerita.

:: The way Allah arranged everything. And He knows the best for us::

6 comments:

  1. 3taun duduk ampang tak tau pun ade aer terjun bukit blacan.keh3

    ReplyDelete
  2. singgah masuk. bangga bila nama asek appear kt entri gemuk ni. ekin johan :)

    ReplyDelete
  3. saya pun bangga.
    terima kasih kurus untuk nama dan gambar.

    -ijat melora-

    ReplyDelete
  4. yunk apasal ko masuk x guna blog kau..ijat mmg x delah blog..suka stalk blog org je.

    ReplyDelete
  5. skati ak la...
    xpe la klau x bley tgk blog ko...
    ak x dtg lg...
    bye...
    -ijat melora-

    ReplyDelete
  6. wah! broga kan tu.. very nice view kan??
    LIKE :)

    ReplyDelete