Wednesday, February 9, 2011

tidurlah dengan sunnah RasulAllah

dulu masa di zaman sekolah, zaman hostel, kami wajib membaca Al-Quran sebelum tidur. setiap malam antara surah wajib sebelum tidur adalah surah al-mulk.

al-mulk bermaksud 'the kingdom' ataupun kerajaan atau kekuasaan. hurm...bila dah masuk alam universiti kenapalah amalan mcm ni saya tinggalkan. sedih jugak dengan diri ni kadang-kadang.

malam ni tergerak untuk saya cari fadhilat membaca surah al-mulk sebelum tidur.

Maksudnya:
Daripada Abu Hurairah, daripada Rasulullah s.a.w, baginda
bersabda: Sesungguhnya ada satu surah dalam al-Quran yang
mengandungi tiga puluh ayat. Ia dapat memberikan syafaat
kepada pembacanya sehingga diampunkan untuknya. Itulah
surah Tabarakallazi biyadihi al-Mulk.
(Riwayat Imam Ahmad)
SURAH AL-MULK

Maksudnya:
Daripada Ibn Abbas r.a katanya: Sebahagian sahabat Rasulullah
s.a.w memasang khemahnya di atas sebuah kubur tanpa
menyedari tempat itu adalah kubur. Tiba-tiba didapati ia adalah
kubur seorang manusia yang sedang membaca surah al-Mulk
sehingga habis. Lalu sahabat itu datang kepada Rasulullah s.a.w
seraya berkata: Wahai Rasulullah, saya telah memasang khemah
di atas sebuah kubur, tanpa menyedari ia adalah kubur. Tibatiba
(terdengar suara) seorang yang sedang membaca surah al-
Mulk iaitu: Tabarak sehingga dikhatamkannya. Lalu Rasulullah
s.a.w bersabda: Ia (surah tabarak) adalah penghalang, ia adalah
penyelamat yang menyelamatkannya daripada azab kubur.
(Riwayat al-Tirmidzi)

Maksudnya:
Daripada Jabir r.a bahawa Rasulullah s.a.w tidak tidur
FADILAT SURAH
melainkan setelah baginda membaca alif lam mim tanzil (surah
al-Sajdah) dan surah tabarakallazi biyadihi al-Mulk (surah al-Mulk).
(Riwayat al-Tirmidzi)

hadis kat atas tak susah nak difahamkan kot. surah al-mulk memelihara kita dari azab neraka. yela, bila kita tidur, kita kan mati sekejap. even rasulAllah sendiri akan baca surah al-mulk dan surah sajadah sebelum tidur. dan yakinlah bila kita melakukan sunah rasulAllah kita adalah umat yg sangat hampir dengan baginda.
so saya amik tindakan drastik bluetooth kan surah al-mulk dari laptop ke handphone so that masa baring2 sebelum lelap boley dengar dan baca. insyAllah. ini janji saya kat diri sendiri. tak panjang pun.30 ayat je azliah..

selamat malam semua, moga esok menjadi lebih baik dari semalam. (masa zaman sekolah dulu saya lagi baik..mcm mana tu? hehe....) sobahullail...

::the way me found intrinsic soothes when it comes to remember Allah and His messenger::

7 comments:

  1. zaman sekolah mmg banyak ajar benda bagus. tp kdg2 kite lupa apa yg telah diajar tu. tq 4 d reminder.. =)

    ReplyDelete
  2. selamat malam. tidur lah sayang ku~
    opss terlebih. hee

    ReplyDelete
  3. fariza: welcome..hehe zaman sekolah otak bersih lg..

    sca ndx:haha..amboi.

    ReplyDelete
  4. thx for sharing.. bila kat rumah, my mum always reminds me untuk baca certain surah before tido. bila jauh ni, selalu saja lupa~

    ReplyDelete
  5. tu la..zaman duduk asrama dulu mesti baca surah almulk..skrg hampeh..huhu

    ReplyDelete
  6. owh yker o.O
    thx for sharing xpernah tahu pun sebelum nih owh ;D

    ReplyDelete