Showing posts with label ::sweet::. Show all posts
Showing posts with label ::sweet::. Show all posts

Tuesday, March 22, 2011

Kenapa perempuan kena kahwin dengan engineer??

Mengapa anda kaum perempuan perlu berkahwin dengan seorang Jurutera@Engineer berbanding graduan dari bidang Undang-Undang, Pentadbiran, Seni atau Perubatan?Disini terdapat 3 fakta kukuh yang menyokong pernyataan tersebut.


1-Kehidupan yang lebih terjamin
Seorang engineer bakal menyediakan kehidupan yang terjamin kepada anda.Pada umur 27 tahun, seorang jurutera mungkin sudah mempunyai pekerjaan yang terhormat, stabil dan mempunyai pendapatan yang tinggi untuk memiliki kereta , melabur, kehidupan yang selesa, berkahwin dan juga membeli sebuah rumah.
Manakala
-Lulusan undang-undang masih bekerja sebagai apprentice di firma-firma guaman
-Sebahagian lulusan pentadbiran baru sahaja gagal dalam rancangan perniagaan mereka yang pertama
-Lulusan seni masih mencari pekerjaan
-Lulusan sekolah perubatan masih menjadi doktor pelatih di hospital-hospital

2-Kegigihan yang tinggi
Seorang teman lelaki yang bergelar engineer akan memperuntukkan jumlah masa dan usaha yang tidak terjangkau banyaknya untuk memahami anda.(yela sangat)Ini kerana seorang engineer sangat bekerja keras untuk memahami pekerjaan mereka.Semestinya mereka akan berusaha keras untuk memahami diri anda juga seperti memahami pekerjaan mereka jika mereka percaya anda-adalah satu-satunya insan yang istimewa dalam hidup mereka.Jika mereka tidak memahami diri anda pada mulanya, mereka akan terus berusaha.Jika mereka masih tidak faham, mereka akan mencari kaedah yang tepat untuk membuatkan anda gembira(setuju sangat).Sebagai contoh (membeli cincin berlian=satu minggu kebahagian)(tak pernah la sampai macam tu).Jika mereka telah menemui formula rahsia tersebut, mereka akan terus mengulanginya hingga menepati hasil yang dikehendaki.
Berbeza dengan
-peguam yang akan sentiasa berdebat dengan anda
-graduan pengurusan yang akan mengawal perbelanjaan anda
-graduan seni yang akan mengubah penampilan anda
-graduan perubatan yang akan menjadikan anda seperti nurse di hospital

Sangat mudah untuk engineer menjadikan anda satu-satunya insan yang mereka sayangi dalam hidup mereka umpama anda salah satu daripada projek mereka dan mereka akan tersangkut pada anda selamanya. sooo suweetttt

3-Seorang teman lelaki yang bergelar Engineer tidak akan mengkhianati kepercayaan anda
Buktinya:
-para peguam mungkin akan berbohong kepada anda
-seorang graduan pentadbiran mungkin akan menipu wang anda
-seorang graduan seni adalah seorang penggoda
-seorang doktor mungkin hanya melihat anda seperti seorang mayat

Teman lelaki bergelar engineer terlalu sibuk untuk mempunyai hubungan istimewa lain dan jika ada, mereka akan terlalu bodoh untuk berbohong kepada anda.Oleh itu, seorang engineer ialah the most secure boyfriend yang anda pernah temui(wah wah wah),cukup kaya dan akan tetap mencuba untuk memahami dan menyenangkan anda, tiada masa untuk mempunyai hubungan istimewa lain dan terlalu bodoh untuk berbohong.(terpaksa setuju)mereka juga sangat cool berbanding orang lain.(tersangat setuju...tapi cool sangat lah pulak)

jga tindakan anda..NI GURAUAN SEMATA-MATA
PETIKAN DRPD....
http://www.hazwan.com/2010/09/kenapa-perempuan-kena-berkahwin-dengan.html

http://www.mylot.com/w/discussions/515360.aspx

http://budakais.blogspot.com/2011/03/kenapa-perempuan-kena-kahwin-dengan.html

saya amik kat facebook je artikel ni..huhu...ni haaa engineer di hati saya...
di hadramaut..yemen

si comot..

ni muka happy sebab chopper dah sampai mau balik darat.
 kami

tapi tengah merajuk ngan dia....ok sekian....

::the way i love my engineer..anyway::

Tuesday, December 14, 2010

lunaknya fynn jamal

lagu fynn jamal ni kena dengan kisahnya...sebab tu la kami suka..kronologi mantap..

Untuk kali keseratus lima puluh juta
Mereka tanyakan engkau soalan yang sama
“Eh kenapa kau masih lagi mahukan dia?”
“Apa kau buta, apa kau pura-pura suka”
Di seratus lima puluh juta kali itu
Di depan semua engkau tarik tangan aku
Yang sedang buat muka kosong tak ambil tahu
Sambil ketawa engkau bilang satu per satu
“Dia mungkin bengis seperti singa”
“Tapi dia nangis tonton cerita Korea”
“Dia mungkin keras bila bersuara”
“Tapi dia jelas, jujur apa adanya”
“Aku lagi kenal dia”
Dah lebih seratus lima puluh juta kali
Aku pesan padamu apa yang bakal jadi
Engkau dan aku ada mungkin tidak serasi
Engkau sangat manis, aku ini pula dawai besi
Di setiap seratus lima puluh jutanya
Aku pun dalam hati semacam tak percaya
Apa kau lihat pada aku jujurkan saja
Terus kau cubit dagu aku, sambil berkata
“sayang mungkin baran tak kira masa
tapi sayang tahan kalau yang salah saya
sayang mungkin saja keras kepala
tapi sayang manja bila kita berdua–
saya kenal sayang saya”
Buat apa dicerita
Bahagia kita rasa
Biar tak dipercaya
Peduli orang kata
Baju ronyok tak apa
Asal pakai selesa
Berkilau tak bermakna
Kalau hati tak ada
Aku lebih bengis dari sang naga
Tapi bisa nangis semata demi cinta
Suaraku keras tak berbahasa
Kerna aku rimas gedik mengada-ngada
Aku mudah baran tidak semena
Mana boleh tahan angin cemburu buta
Dan aku sengaja tunjuk keras kepala
Aku punya manja, kau saja boleh rasa
Rahsia kita berdua..


::azliah kenal sayang dia the way he is::