Showing posts with label ::saya::. Show all posts
Showing posts with label ::saya::. Show all posts

Wednesday, November 2, 2011

Gadis dan bunga

Hurm..Sebelum nak update entry pasal gadis bunga nak tempek gambar ni dulu.
Diam tak diam..Sedar tak sedar dah nak masuk 6 bulan saya keja kat DHL ITS. Skang dah kumpul 6 meal card. The latest one tinggai kat opis. Fuhh..rasa kejap je. Alhamdulillah i'm happy with my work.
Walaupun dah nak masuk 6 bulan keja, baru last week convo. Dah 4 hari tapi semangat konvo still menusuk kalbu. Kekeke..
Everytime balik keje tengok bunga yang dapat masa convo aritu rasa sayang sangat. Dalam hati siap cakap 'jangan la layu..plisss' dalam hati je tau. So malam ni saya gigihkan diri membelai bunga2 tu. Apekah dah nak layu baru nak belai. Biarla..asalkan aku appreciate. So saya dpt 3 bouquet of flowers je..JE? 3 bouquet tu dah byk weh. Ni hasil keja malam ni. kui kui



 Oh suweeet bangat kan. Semua hadiah dari mak ayah, adik2, my fiancee and my cousins. They all tersangat la suweet wehh.. Macam gadis2 bunga kat bawah ni jugak.

Alang

Me in that huge robe
Auch my suweett mak!


And my youngest sista...acan panggil kak ya..
Akibat rasa kreatif yg tak dapat dibendung.. akhirnya terhasil lah idea ni..

Somel aze i.. Azrel dah macam pak lebai pun ade. Tu ar..suh potong misai tamau. Kekeke apepun u tetap ensem la kat hati i.. :p
Kalau hari2 dapat bunga kan best. Tapi mcm dah tak bermakna la plak kan. Harap2 la pasni grad master plak. So bley dpt bunga lagi.


::The way my femininity shows how women really love received flowers:::

Wednesday, September 28, 2011

Muka surat 5

Sekarang musim konvo. Syok tengok kawan-kawan dari U len yang dah pakai mortar board. Yeah, nak pakai mortar board mmg senang tapi penat lelah peluh lepuh phew phew phew naik turun gaduh bertumbuk semua ada. So, nak dipendekkan cerita sebulan dari skang insyAllah saya pun merasa la pakai mortar board. Semalam nombor giliran dah keluar and tandanya apa? Tandanya kena la bayar yuran konvo. Duit lg. Isk Isk...
No giliran saya 205 dalam muka surat 5 senarai peserta sidang 14 tu ada 1279 org. Mak ai kesian budak no 1279 tu jenuh tunggu nama dia keluar. So moral value nya please jangan letak nama anak mula ngan hurup Z yer. So saya no 205 and yes agak jenuh gak tu nak tunggu sampai no 1279. hahaha..

The interesting part is saya dah rumate saya sume dapat first class. And not so interesting is, saya je yg tak dapat anugerah naib cancellor. Sob sob.. Takpe, InsyAllah master i nak dapatkan jugak anugerah tu.


My lucky number is 205. 203 and 206 is my besties. No 204 tak kenal la pulak

rumate-rumate saya!!


rumate saya juga!!



Afterall, saya sangat happy. And one more interesting point is saya sidang yg sama dengan dija. Dormate cum besties masa sekolah dulu. SYOK OK!



 Lepas dapat tau no giliran ni mesti la nak bgtau azrel kan. Ops tapi saya tanak bitau parents saya lagi. Nak kasi dorang suprise unless mereka baca ini. "Thanks sebab bagi along peluang yang sangat baik untuk tuntut ilmu".

::The way i feel sooo damn happy::


Tuesday, September 13, 2011

Engaging my master on my bday

gambar sekadar hiasan


tajuk kat atas tu consist tiga perkara besar yang agak besar sangat merubah saya. i mean i am a step ahead to be woman. which i dont want to be one. means, tanggungjawab pun makin besar la kan... mcm ekin ckp malam tadi when i was drove back from our first class of masters degree "sebenarnya bukan masa sekolah/study degree tu nak up..skang ni la time kita baru nak up, everything kena buat sendiri.." last nite first time pg class nek keta. all this while jalan kaki je sebab duduk kolej-tak penah dok umah sewa walaupun sesaat. haha..tak ke berubah tu? and most of the classmate consist of one foreigner is a PHD students. 3 org je master students since we are taking in research mode. dan kebanyakan mereka semua dah tua ye kawan kawan. research mode isn't as easy as coursewok basis...my personal thought. you need to do alot i mean alot of reading and writing all along the way for being a research student. dan topiknya mestilah apa yang kita minat dan dekat dengan kita. errrr...i am a pethetic reader dear... and that's why am starting to write as much as i can. make sense?




my engagement meanwhile is the biggest gift for my 23rd birthday. even there're lotsa things to be done for the bash. i am trying to not use english here but i barely hard to express things in Malay..ouch.



kadang-kadang tak sangka ramai kawan saya. sebab selama ni saya tak rasa saya seorang kawan yang baik pun. but whoops, i am so glady happy person in the world when friends congratulated me. thanks peeps. me love me friends. juta juta lemon appreciation and thanks deserve by my family members. i know mak and ayah have been working days and nights for the day. tapi sebab pengalaman pertama mungkin, terlepas peluang nak amik gambar dengan mak and ayah. tsk tsk...next time i need a very talented event planner or pengapit so the chronology of the photoshoot is in the right order. mak cakap mesti dahulukan ngan family dulu baru ngan kawan-kawan. noted!

parents saya yg sangat kacak




saya beruntung sebab my aunties form mom and dad side sangat banyak tolong. ops, atok adalah org yg paling penat i guess.

i love u atok!


makyan have done and bought so many things for my wedding preparation. makyan jugak pemilik baju, tudung, cincin, gelang dan rantai yang saya pakai masa kenduri tunang tu. i refused at first to glams myself with the jewellery but she insisted "takkan kau nak boleng je" haaa..amik kau..mama and ibu orang kuat dapur. mak cakap dari awal sampai habis mereka tak benti buat keja. maknjang made the lovelier and tastier choc moist cake and ibu made a very gigantic fruits cake for hantaran.



  makteh had done fantactic touch on the pelamin, hantaran and also on my face.
 and worth smile for the photos taken by pakndak. sooo awsome.


and for my dad side yang sentiasa havoc and supportive. from the start till the end.

pendek kata ramai gilaa yg bersubahat ie bergotong royong.haha...jgn la marah plak kalau nama x kena sebut kat sini yer...i mentioned again semua org banyakkk sgt tolong...huhu

i can see family connection in these photos...


azrel's family






::the way i feel soo excited, it is just i don't show it::

Tuesday, August 9, 2011

written from my workstation

Assalamualaikum
It's Tuesday 9th August and I'm alone here in the office. Since DHL ITS Cyberjaya is another IT center separate from Prague, most of my officemate are there, working on for a knowledge management project. Well,dah 9 hari puasa, alhamdulillah...everything went well. Looking forward to register for my master degree this coming Sunday and the chronology doing continuosly enjoyable. I hope so. Punch in for master in August, engage in September, convocation in October and hectic preparation for Mrs. to be in December is expected.

Dari Anas r.a, dia berkata bahawa Rasulullah s.a.w pernah berdoa:

Maksudnya: “Ya Allah tidak ada kemudahan selain apa yang Engkau jadikan mudah dan Engkau dapat menjadikan perkara sulit menjadi mudah jika Engkau kehendaki” (H.R Ibn Hibban dan sanadnya dihukum sahih bertepatan dengan syarat Muslim dalam kitab al-Silsilah al-Sahihah, No. 2886).

Taken without permission from: fitrahpower.com syukran!

I think I love this pix the most. Back in 2009 when there's no fluffy me yet.


::The time running fast and yet we feel everything is just begun yesterday::

Sunday, July 31, 2011

Bila cinta itu di jarak yang jauh


Dan bila cinta tu di jarak yang sangat jauh beribu batu dari paras laut, hehe just email aje medium yang kami ada. Alhadulillah dari tak dengar khabar berita langsung kan...
Kami ada -+ 120 hari lagi. maybe the time has come to be counted. save the date... :-D
Dan malam permulaan ramadhan yang sepatutnya dibasahi zikir, saya dok layan aisheteru plak..aiseh..!

::the way days come and go until we even somehow wondering where's the time moving out hurriedly to ::

Wednesday, July 6, 2011

when the wheel move up

as a human kind we have our part...as well as our right on something...maybe, the wheel of mine moved up 45% again...maybe...
Alhamdulillah...i think (half confident when i am hitting my keyboard) i managed to get a good job for now..what is 'good' meaning to me? good new friends, good company, good working environment, good responsibility, good working hour and good pay..as for now..
and the wheel of my sister amalina also (for me) moved 160% up as she got 3.93 for he final exam..that number such a wow for me..and again..thanks to Allah...special congrats goes to my fantastic parents...love em...
and next wheel is azrel's...he got promoted...but his wheel keep on rolling up and down again because his job is not as light as mine as well as others'. i know he is tension. but right now (6.50pm) he is texting me!!!!! what a suprise...

ok..gtg..the excitement that i can't tell...i guess the wheel move up somehow (2%)


::the way the wheel of my life moving up and down::

Friday, April 1, 2011

interview sebelum jadi jobless?

aleen dah respon cecepat hapdet blog so saya tros ja laju klik new post.
saya dah deactivate Facebook buat sementara waktu~ owh sementara sangat lah...
atas niat nak menumpukan perhatian kepada pelajaran~ececehhhh~ so maybe byk masa akan digunakan untuk hapdet blog dan blogwalking...

minggu ni adala dalam dua kali pg job interview...isnin aritu kat TNS Research International as a Information Service Exec and today kat Standard Chartered as IT Graduate Trainee.
eh sukati je kan nak pg job interview..padahal study tak abes lg..
ntahlaaaaa...akibat kegerunan untuk menjadi penganggur saya apply ja job banyak2....
for sure la private company coz gomen tak qualified student yg kurang sedar diri tak abes exam mcm saya ni..kekeke...tapi bila pk2 balik relevan ke tindakan ni sebab mcm buang ms ja pegi interview~merentasi kesesakan lalulintas, ponteng class~ tapi company tu nak hire immediate position. what daaaa...mereka tak baca pun cover letter and resume yg tertulis "i will be available by end of march" mekaceh la yer..haha..so stop jap apply ngarut punya job position ni semua ~aku yg mengarut~


harap2 la tak menganggur lama sangat..nak kejaaaa (ko belum menggangur pun lagi la azliahhhh)....sob sob..kalau tak dapat keja sangat saya sambung je master...aiseh~~~~~~tensen mak!
sape-sape yg rasa ada keja kosong tu don't feel hesitate to review my resume ya...jadi nanny pun i sanggup...haha..


::the way azliah shows her exaggeration, please dong!::

Tuesday, March 22, 2011

Kenapa perempuan kena kahwin dengan engineer??

Mengapa anda kaum perempuan perlu berkahwin dengan seorang Jurutera@Engineer berbanding graduan dari bidang Undang-Undang, Pentadbiran, Seni atau Perubatan?Disini terdapat 3 fakta kukuh yang menyokong pernyataan tersebut.


1-Kehidupan yang lebih terjamin
Seorang engineer bakal menyediakan kehidupan yang terjamin kepada anda.Pada umur 27 tahun, seorang jurutera mungkin sudah mempunyai pekerjaan yang terhormat, stabil dan mempunyai pendapatan yang tinggi untuk memiliki kereta , melabur, kehidupan yang selesa, berkahwin dan juga membeli sebuah rumah.
Manakala
-Lulusan undang-undang masih bekerja sebagai apprentice di firma-firma guaman
-Sebahagian lulusan pentadbiran baru sahaja gagal dalam rancangan perniagaan mereka yang pertama
-Lulusan seni masih mencari pekerjaan
-Lulusan sekolah perubatan masih menjadi doktor pelatih di hospital-hospital

2-Kegigihan yang tinggi
Seorang teman lelaki yang bergelar engineer akan memperuntukkan jumlah masa dan usaha yang tidak terjangkau banyaknya untuk memahami anda.(yela sangat)Ini kerana seorang engineer sangat bekerja keras untuk memahami pekerjaan mereka.Semestinya mereka akan berusaha keras untuk memahami diri anda juga seperti memahami pekerjaan mereka jika mereka percaya anda-adalah satu-satunya insan yang istimewa dalam hidup mereka.Jika mereka tidak memahami diri anda pada mulanya, mereka akan terus berusaha.Jika mereka masih tidak faham, mereka akan mencari kaedah yang tepat untuk membuatkan anda gembira(setuju sangat).Sebagai contoh (membeli cincin berlian=satu minggu kebahagian)(tak pernah la sampai macam tu).Jika mereka telah menemui formula rahsia tersebut, mereka akan terus mengulanginya hingga menepati hasil yang dikehendaki.
Berbeza dengan
-peguam yang akan sentiasa berdebat dengan anda
-graduan pengurusan yang akan mengawal perbelanjaan anda
-graduan seni yang akan mengubah penampilan anda
-graduan perubatan yang akan menjadikan anda seperti nurse di hospital

Sangat mudah untuk engineer menjadikan anda satu-satunya insan yang mereka sayangi dalam hidup mereka umpama anda salah satu daripada projek mereka dan mereka akan tersangkut pada anda selamanya. sooo suweetttt

3-Seorang teman lelaki yang bergelar Engineer tidak akan mengkhianati kepercayaan anda
Buktinya:
-para peguam mungkin akan berbohong kepada anda
-seorang graduan pentadbiran mungkin akan menipu wang anda
-seorang graduan seni adalah seorang penggoda
-seorang doktor mungkin hanya melihat anda seperti seorang mayat

Teman lelaki bergelar engineer terlalu sibuk untuk mempunyai hubungan istimewa lain dan jika ada, mereka akan terlalu bodoh untuk berbohong kepada anda.Oleh itu, seorang engineer ialah the most secure boyfriend yang anda pernah temui(wah wah wah),cukup kaya dan akan tetap mencuba untuk memahami dan menyenangkan anda, tiada masa untuk mempunyai hubungan istimewa lain dan terlalu bodoh untuk berbohong.(terpaksa setuju)mereka juga sangat cool berbanding orang lain.(tersangat setuju...tapi cool sangat lah pulak)

jga tindakan anda..NI GURAUAN SEMATA-MATA
PETIKAN DRPD....
http://www.hazwan.com/2010/09/kenapa-perempuan-kena-berkahwin-dengan.html

http://www.mylot.com/w/discussions/515360.aspx

http://budakais.blogspot.com/2011/03/kenapa-perempuan-kena-kahwin-dengan.html

saya amik kat facebook je artikel ni..huhu...ni haaa engineer di hati saya...
di hadramaut..yemen

si comot..

ni muka happy sebab chopper dah sampai mau balik darat.
 kami

tapi tengah merajuk ngan dia....ok sekian....

::the way i love my engineer..anyway::

Sunday, March 20, 2011

rindu segamat

haish..lama bebenar x update blog...assignment maleh nak buat takkan update blog ghajin plak kan..tapi hari ni tetiba nak cita pasal segamat. 

terjenguk dan terbaca status fb salah seorang lecturer time diploma dulu:
cik ezan...one of the favourite lecturer jugak la masa study kat UiTM Johor kampus segamat dulu...(status dia pasal kritikal review untuk budak2 part 1 yg tak makan saman..huhu..budak2 zaman sekarang)

tak naklah komen lebih2 pasal status tu kan..nak komen apa yg best sgt pasal hidup dekat segamat dulu...SANGAT RINDU..

  • first skali adalah environment yang amatlah tenang...walaupun ada yg ckp UiTM segamat dalam hutan tapi suasana kat sana sangat best. i like...
  • lecturer yg ramah tamah dengan student. not to compare or say that lecturer kat UiTM Puncak Perdana ni x ramah tamah, tapi hubungan lecturer ngan student kat sana sangat akrab. saya sangat menghormati mereka.
  • ada life! bayak aktiviti wajib yg mula-mula mmg mengomel nak kena attend. tapi bila duduk sini tak rasa ada life mcm kat segamat dulu..maybe dalam kelompak yg lebih kecik, so tak ada aktiviti yg sangat seronok mcm kat sana dulu.
  • boleh strolling/jogging ptg2 sebab ada pathway mengelilingi UiTM segamat. udara superb!
  • ramai kawan2 dari pelbagai course. infact, my BFF pun masih lagi mereka yg sebilik dengan saya ms kat kolej si manja kini dulu..and they still cool though.
  • yg paling best zaman diploma lagi santai dari zaman degree..yeah..
antara gambar-gambar yang best kat UiTM segamat:
team bola jaring fakulti pengurusan maklumat..saya masih kurus

pak guard yg sempoi...like!

suasana senja..kalau pagi2 ada kabus.rasa mcm kat abersea

bangunan admin bendahara

classmates and azliah dalam lecture theater

pilihanraya MPP with business students

my rumates dan jiran2 masa minggu terbuka kolej


benda yang paling best adalah saya masa kurus lagi masa.... yeah yeah yeah...
mungkin UiTM segamat dah byk perbezaan kot sekarang.ada bangunan baru, lecturer baru, dewan baru..dan ada hanis zalikha..haha
segamat yg best....

::the way i enjoyed my life once i was in segamat::

Thursday, March 3, 2011

sombong

saya sombong ngan blog sendiri lately....malas nak update...
class pg ni saya MC kot..mslh dalaman...korang tau tak yg bawang putih leh sembuhkan bisul.. (kantoi ada bisul). tapi pedih dia..... &%$%&^*^$%
tahan jela sket....

hati pun tengah pedih.... :'(

mata dah mcm samurai jepang pun ada...-salah satu alasan lain MC itu perlu...

::sedis. sadis. pedih. perit. sakit. perit. not the way azliah am::

Friday, February 11, 2011

cuaca panas dan badak

lately cuaca panas sgt. panas terik tapi kadang-kadang ada la jugak hujan rintik-rintik turun. hujan panas. tapi kalau rujuk kat jabatan meteorology cuaca kat sekitar daerah petaling ni tak de lah panas sgt.
mungkin 33 celcius degree tu pun dah panas kot. tapi mak ckp kat tawau hari-hari hujan. (rindu kat mak ngan ayah). so hari ni sebelum kuar saya mesti sediakan protection.ngee....


air badak...the cooling water cap tiga daun...hehe...barulah boleh elak dehydration. dalam air badak ada 'Gypsum Fibrosum' ape tu???? entahlah. minum jela....

hari ni x sempat nak blogwalking sebab bizi sket..salunya saya akan blogwalking pagi-pagi sebab malam-malam line maxis kat puncak perdana ni macam siput sedut. tp pagi td ada discussion. thanks kat kawan-kawan yg sudi singgah. nti saya singgah umah korang yer..

notes:saya sangat rindu mak dan ayah....tambah rindu bila baca entry my second sister. 

::the way azliah need inside outside cooling supplements::

Wednesday, February 9, 2011

the spice that heals-vanilla

lately I am kind of liking foods made from vanilla....vanilla ice cream, vanilla ice blended, bread filled with vanilla cream. It’s like everything to do with vanilla make me feel so pleased. And now I am looking for kind of vanilla's smell perfume and I found one. It’s from victoria secret. Ngeee…waiting….. 

Anyway, I know that not all foods made from vanilla are actually use original vanilla extract or vanilla flower. However the smell that makes mw wink wink. I love the smell so much that I could forget all my assignment. Haha..poyo jugak lah statement itu. 

Jadi hari ni saya pun google la fakta yang memang saya tak tau disebalik vanilla yang saya suka sangat sekarang. 

Sebenarnya vanilla adalah orkid yang dijumpai oleh orang asli Mexico. 

Ianya juga dipanggil Vanillin. Vanilla ada byk sgt khasiat antaranya:

  • Anti oksida yang sangat la bagus: oksida adalah penyumbang utama penyakit. Kanser, ketidakupayaan, hilang ingatan, stress semuanya boleh diubati dengan vanilla.
  • Aphrodisiac: agen untuk meransang nafsu.
  • Febrifuge: vanilla bley mengurangkan demam panas. Dulu dalam kelas pun ada lecturer bgtau yg kalau kita sakit tekak or selsema, elok makan vanilla ice cream yg betul-betul dibuat menggunakan extract vanilla. Sangat berkesan.
  • Anti Depressant: bau vanilla sangat sesuai masa tengah stress. Kalau tengah buat assignment atau tension, makanla vanilla ice cream. Tak pun hirup bau vanilla tak kesah la dari extract yang original ataupun sintetik. It really helps.
  • Sedative: vanilla juga bley menenangkan kita. Besides, it can sooth all systems in our body including the respiratory system, circulatory system, digestive system, nervous system and the excretory system. Kalau korg takleh tido leh la bau vanilla. Ia membantu otak kita berehat dan buat kita tido dengan lena. Vanilla sangat la menenangkan.

Vanilla is really cool isn’t it? So I am like deciding to put vanilla in the first choice of my food list. Yummy….

::the way I know what to smell and eat when caught in tense::

Source: http://www.organicfacts.net/health-benefits/essential-oils/health-benefits-of-vanilla-essential-oil.html
image source: google..

Tuesday, February 8, 2011

fun facts about tuesday...

have a greeeeeat tuesday everyone...
do you ever know....
More American workers (18%) call sick on Friday than any other day of the week. Tuesday has the lowest percent of absenteeism (11%).

so

The most productive day of the workweek is Tuesday.

 HAPPY TUESDAY EVERYONE

::THE WAY I FEEL SO ZEST TODAY::


sumber fakta dari google :)

Wednesday, February 2, 2011

dilemma anak sulung

sape anak sulung sila angkat tangan...saya anak sulung..
anak sulung ni byk dilemma sebenarnya kot..meh sini saya nak cita salah satu darinya.waahhh semangat aku...

this is my final semester for my bachelor degree kan kan kan..i was thinking of doing my master degree plak. kecenderungan untuk dapat first class degree alhamdulillah, saya bley target 80% so that peluang nak sambung master tu bley la dikatakan cerah. tapi.....

1. memikirkan komitmen terhadap keluarga. mak ayah dan adik-adik. hurm....kalau lepas grad ni terus keje sure dapat tolong ibu bapak saya meningkatkan taraf hidup keluarga. nak bagi adik-adik mewah sket. ok ok...i am thankful of what am living now but then i feel exaggerate to have own money. bukan mcm sekarang ni. dalam akaun maybank, BSN dan CIMB ada kurang dari RM20. cess apakah?? sob sob

2. saya mahu kahwin..korang bila nak kahwin? tanya orang pulak. bila nak kahwin kenalah ada duit kan. takkan nak guna duit parents plak memandangkan keperluan lain lebih memerlukan. so kenelah keja kan.

3. memanglah ada kawan-kawan seangkatan ada yang dah kawen masa study. tapi saya tak segigih dorg kot.dan mungkin mereka dari keluarga yang lebih stabil. ataupun mereka lebih bertanggungjawab dari saya.  cuti seminggu ni jadi suri rumah tangga pun tak sempat usik assignment lagi. online pun jarang. i was thinking of "keja+sambung master secara separuh masa+kahwin"...wow...memang kena amik byk multivitamin mental dan fizikal kot.

hurm....sedang memikirkan dan asik memikirkan..

::the way turning over adult make an eldest being old...OMG::

Thursday, January 27, 2011

help me!!!

alaa..nape bila nak follow orang jer gambar saya x kuar ni??
before this tak camni pon..da byk kali tukar setting..tolong tolong tolong..nti org tanak follow saye balik dah..
see....yg x de gambar tu saye ler tu..

sob sob....